Raih 1M Pengikut Di IG, MK K-Clique Luah Penghargaan Untuk Ibu

Penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique telah meraih satu juta pengikut di akaun Instagramnya (IG).
 
Menerusi laman sosial Instagram, teman baik  MK dan juga seorang model, Alicia Amin turut berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah entei di akaun IGnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congrats on 1M @hairiwhuut . We don’t look the same btw, sebab sia lagi hensem. ? ?: @moses.paren

A post shared by Alicia Amin (@hangriii) on

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 23, bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut yang telah menyokong perjuangannya dalam industri muzik.
 
“Alhamdulillah untuk cinta dan sokongan yang saya dan K-Clique terima daripada semua.

“Saya bersyukur diberi kesempatan untuk membuat persembahan di hadapan anda yang menyokong saya,” ujar MK menerusi satu entri di IGnya pada Rabu.
 
Malah, dia turut memberikan penghargaan kepada ibu tercinta, Kamariah.
 
“Untuk ma, saya berharap ma tersenyum memberitahu pada semua orang yang saya anak lelaki ma,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada MK dan turut berbangga dengan pencapaiannya.

Terdahulu, MK sering mencuri perhatian wargamaya apabila tampil lucu ketika berbual mesra bersama ibunya menerusi panggilan video.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram hairiwhuut/gempak

Be the first to comment

Leave a Reply