Wanita chinese datang ceramah, ustaz Ebit Lew ajak masuk Islam bikin sebak

Satu posting oleh pendakwah terkenal dengan panggilan ustaz Ebit Lew mencuri tumpuan ramai dilaman Instagram miliknya. Jika anda mengikuti pendakwah ini,

Terbaru pula, rata-rata pengikut ustaz Ebit Lew meluahkan rasa syukur apabila dia berkongsikan kisah yang mana dia juga merasa sebak kerana ada seorang wanita chinese telah memeluk agama Islam.

Namun begitu, menurutnya meskipun belum lagi memeluk agama Islam wanita terbabit hadir ke ceramahnya. Hadirnya awal kerana mahu duduk dibahagian hadapan malah wanita ini juga suka melihatnya berdakwah dengan kasih sayang pada keluarga dan jalanan.

Bagaimanapun, ketika ceramah tersebut juga ustaz Ebit Lew terus pergi kepada wanita terbabit dan mengajaknya masuk Islam dihadapan ramai orang.

Perkara itu membuatkan dia merasa sebak kerana wanita berkenaan juga dengan kerelaan serta tanpa paksaan mahu mengucap syahadah. Berikut merupakan posting ustaz Ebit Lew yang mana dia turut melihat wajah bahagia wanita terbabit disaat dapat mengucap.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebak tadi wanita chinese cantik manis baik sangat orangnya memeluk Islam. Walau belum Islam dia hadir ceramah saya. Peminat saya dan ingin dengar ceramah dan berjumpa. Awal dia sampai sebab nak duduk depan. Ramai sangat orang tadi. Dia suka tengok saya dakwah dengan kasih sayang pada keluarga dan jalanan. Ramai hadir tadi di Masai. Baik sangat orang Masai . Masa ceramah saya pergi terus kepadanya dan ajak dia masuk Islam depan ramai orang. Sebak bila beliau dengan kerelaan beliau tanpa paksaan ingin mengucap syahadah. Semua orang menangis. Tasha menangis saat ucap syahadah. . Saya tengok wajah beliau begitu bahagia saat dapat mengucap. Semua pakcik makcik dan hadirin yang hadir menangis. Semua peluk dan ucap tahniah pada Tasha. Ya Allah hilang rasa penat dan letih hari ni. Ya Allah inilah saudariku yang baik. Jagakanlah beliau, bahagiakan dan permudahkan segala urusan Tasha. Kabulkan segala doa dan cita-citanya-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Perkara ini juga membuatkan sekeliling menangis dan mengucapkan tahniah pada wanita tersebut yang dikenali sebagai Tasha. Dalam pada itu, di ruangan komen rata-ratanya meninggalkan maklum balas turut bersyukur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Ustaz Ebit Lew / HCL

Be the first to comment

Leave a Reply