“Semoga Semua Urusan Dipermudahkan,” – Fatin Husna Selamat Bertunang, Nikah Disember

Penyanyi yang mulai mendapat perhatian selepas muncul menerusi single duet Rahsia Kita bersama Khai Bahar, Fatin Husna telah pun selamat bertunang dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Luqman, 12 Oktober lalu.

Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak selain sahabat handai itu dimaklumkan bintang berusia 23 tahun itu menerusi Instagram.

“Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil kecilan antara keluarga terdekat sahaja. In shaa Allah pada pertengahan bulan 12 Saya akan bernikah.

“Semoga semua urusan di permudahkan dan doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang, InsyaAllah amin,” doanya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi satu posting lain pula, bintang yang kini muncul menerusi single, Dan Cintaku ini turut berkongsi foto yang dirakam bersama tunang tersayang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The shortest word I know is “I”. The sweetest word I know is “LOVE”. And the person I never forget is “YOU”. “I LOVE YOU” @luqmanul_93 ❤️? #bukanselalusweet ?

A post shared by #DANCINTAKU (@fatinhusna_95) on

Serentak dengan berita gembira itu, para peminat rata-ratanya mendoakan agar hubungan yang dibina kekal sampai bila-bila serta mengharapkan yang terbaik buat keduanya.

Terdahulu, Fatin atau nama penuhnya Fatin Husna Ibrahim turut sinonim dengan beberapa buah lagi lain, antaranya Terlepas Cinta dan Kau Berubah.

Sumber: Instagram Fatin Husna via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply