Allahuakbar! Anak Shah Gegar berny4wa semula selepas 10 minit doktor sahkan menlnggaI dunia

“ALHAMDULILLAH… anak saya bernyawa semula!,” demikian luahan rasa syukur penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad mengenai keajaiban Allah selepas bayinya Aliff Khalifah yang disahkan men1nggal dunia kembali bernafas seperti biasa.

Cerita Shah, pada mulanya doktor mengesahkan bayinya itu men1nggal dunia kira-kira pukul 5 petang Rabu selepas alat sokongan hayat ditanggalkan.

Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian, bayi yang dipeluknya itu secara tiba-tiba memberikan tindak balas hingga mengejutkan dia dan isteri, Izyan Shazana Mazlan.

“Mula-mula saya memang harapkan keajaiban berlaku dan ternyata Allah nak tunjukkan kebesaran-Nya.

Aliff Khalifah kini tidak lagi bergantung pada mesin hayat.

“Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa… keluar suara dan dia buka mata! Saya terkejut, dia masih bernyawa sampai sekarang,” ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, Shah menerusi aplikasi Whatsapp berkongsi berita sedih mengenai kemat1an anaknya yang baru tiga hari dilahirkan akibat k0mplikasi pada jntung sebelah kiri.

Bagaimanapun sejam kemudian Shah memaklumkan mengenai perkembangan terkini anaknya itu.

Dalam pada itu Shah berkata, d0ktor membenarkan anaknya untuk dibawa pulang meskipun masih berada dalam keadaan lemah dan sukar untuk bernafas.

Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa… keluar suara dan dia buka mata!

SHAH MUHAMMAD

Penyampai radio THR Gegar

“D0ktor terkejut… lepas mesin dicabut, baby masih okey. Jadi d0ktor arahkan untuk kami bawa balik selepas bayi boleh bernafas tanpa mesin hayat.

“Alhamdulillah, saya gembira tetapi tetap takut kerana tak pasti keadaan dia selepas ini. Sebagai bapa sudah tentu saya harapkan anak saya kembali sihat. Apapun saya serahkan segalanya kepada Allah.

“Keadaan bayi ketika ini masih lemah… selepas ini baby Aliff akan dipantau oleh d0ktor,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply