Pulang Dari Umrah, Amyra Rosli Sudah Berhijab?

Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah, penampilan berhijab Amyra Rosli di rancangan MeleTOP semalam menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun, Amyra berkata dia memilih untuk tidak menghebahkan perkara itu.

Ujarnya lagi, dia enggan mengumumkan secara rasmi sama ada dia sudah berhijab dan menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada penampilan bertudungnya itu adalah untuk watak drama lakonannya atau sebaliknya.

“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.

“Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

? DHIA ? . . Thanks @rorobatikrtw . . . Stylist @missaishah . . #CemburuSeorangPerempuan

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

 

Dalam pada itu, isteri kepada Amar Baharin ini mengakui selesa mengenakan tudung dan tidak mahu memberikan sebarang jawapan mengenainya.

“Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.

“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bukti gambar first tu mmg lelaki lagi kuat membawang ? . . Stylist : @farahdinana Dress : @lana.official___ . . #CemburuSeorangPerempuan #Meletop #Dhia

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply