Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mencatat sejarah tersendiri apabila menamatkan kejohanan Ironman Langkawi dengan bergaya.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, beliau berkongsi sekeping foto meraikan kejayaannya menamatkan kejohanan dengan disambut oleh ibu tercinta, Rahmah Abdul Hamid.
“Thank you to the @ironman_my organisers for letting my Mama @hamidrahmaha put the medal on me at the finish line.
“Everything begins and ends with your mother,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut berjaya menamatkan cabaran berenang 1.9km, berbasikal 90km dan berlari 21km dalam masa tujuh jam 24 saat.
Malah beliau sudah mengesahkan penyertaan untuk Ironman 70.3 Desaru pada bulan April 2020.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya tersentuh dan merasakan penyertaan Khairy ini sangat memberikan inspirasi kepada mereka.
“I am touched with this picture. Congrats sir!” komen seorang wargamaya
“Just admire him since jadi Menteri Belia dan Sukan lagi,” puji seorang wargamaya.
“Brilliant caption! And you are so right,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
“Awesome one chief,” komen Alif Satar yang turut menyertai kejohanan yang sama.
Tahun ini seramai 2,500 atlet daripada 70 negara telah menyertai Ironman Langkawi.
Atlet dari Sepanyol, Javier Gomez berjaya menjadi juara utama menamatkan cabaran berenang 3.8km, berbasikal 180km dan berlari 42.2km dalam masa lapan jam 18 minit 48 saat.
View this post on InstagramMama making sure the next generation knows how to cook her family’s itik golek.
Sumber foto: Instagram huzaifahx dan khairykj
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Gempak
Leave a Reply