“Beb Next Year 2 Movie Aku Keluar, Kau Tengok Ye?” – Comelnya Perkenalan Awal Hairul & Hanis!

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mendedahkan perbualan awal di antara suaminya pelakon Hairul Azreen semasa mereka mula perkenalan.

Menerusi laman sosial Instagram, Hanis memuat naik perbualan yang di tangkap layar daripada Facebook untuk tatapan umum.

“Beb next year aku ada 2 filem keluar. Kau tengok ye? By the way aku baru tengok balik cerita Para-Para Sakura :),” tulis Hairul pada perbualan tersebut.

“Okay nanti dah keluar roger balik,” balas Hanis selamba. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hahahahahahahahaha tahun ni berapa filem pulak keluar tak roger kita pun @hairulazreen ?

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Hairul Azreen turut memberi maklum balas terhadap perkongsian tersebut dengan gurauan.

Perkongsian Hanis tersebut mencuri tumpuan rakan selebriti wargamaya apabila rata-ratanya merasakan perkenalan awal pasangan ini comel.

 

Entri yang dikongsi 24 jam yang lalu sehingga kini menerima hampir 100,000 tanda suka daripada wargamaya.
 
Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak, Yusuf Iskandar, 3 dan Alisa Aisyah, 5 bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply