Gara-gara video usik wanita 73 tahun, remaja ini curi perhatian sebab cantik! – “Nenek sporting, kelakar… siap hafal lagu Justin Bieber”

SEBUAH video menunjukkan seorang cucu bergurau dengan neneknya supaya mengeja perkataan berdasarkan huruf-huruf yang disebutnya.

“Nenek apa itu y.e.s… e.y.e.s,” tanya seorang cucu di dalam kereta yang cuba mengusik neneknya dengan harapan neneknya akan memberi sebutan yang lain.

Eyes (mata),” jawab neneknya secara spontan sekali gus menggagalkan cubaannya menerusi video yang tular di media sosial.

Walaupun ramai yang geli hati dengan gurauan cucu dan nenek itu, tapi pada masa sama remaja itu menjadi tumpuan apabila ramai yang memuji kecantikannya.

Amanda begitu rapat dengan neneknya.

Remaja berkenaan, Amanda Amry berkata, video tersebut dirakam pada Selasa semasa neneknya datang bermalam di rumah keluarganya di Shah Alam, Selangor.

Dia yang berusia 16 tahun mengakui begitu rapat dengan neneknya, Khadijah Said selain sering membuat video-video ringan, termasuk menerusi aplikasi TikTok.

“Saya memang suka buat video. Bukan nenek saja saya menyakat, satu keluarga saya usik. Seronok gurau dengan nenek sebab dia sporting, kelakar dan suka melayan.

“Sebenarnya banyak video yang saya dan nenek buat. Video nenek menyanyi, yang kelakar, termasuk yang kami buat video Tik Tok,” katanya kepada mStar.

Amanda menyifatkan neneknya seorang yang sporting dan lucu.

Amanda berkata, neneknya gemar menyanyi dan percaya atau tidak, lagu-lagu yang dinyanyikan tidak sepadan dengan usianya kini 73 tahun.

Tambahnya, neneknya juga merupakan ketua kumpulan marhaban di Kampung Sayong Lembah di Kuala Kangsar, Perak.

 

Saya memang suka buat video. Bukan nenek saja saya menyakat, satu keluarga pun saya usik. Seronok gurau dengan nenek sebab dia sporting, kelakar dan suka melayan

AMANDA

“Nenek memang suka nyanyi lagu-lagu lama, lagu klasik. Lagu zaman sekarang pun nenek nyanyi, contohnya lagu Harapan, single pertama penyanyi Fazli Zainal.

“Tapi dalam banyak-banyak lagu fresh dan moden, paling yang kami tak sangka bila nenek boleh siap nyanyi lagu Baby daripada Justin Bieber,” ujar Amanda yang merujuk penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) kegilaan ramai itu.

(kiri) Mula menceburi bidang modeling sejak usia lima tahun. (kanan) Amanda pernah menjadi talent dalam video muzik Fazura.

Anak kedua daripada tiga beradik itu bagaimanapun tidak menyangka video gurauan bersama nenek menjadi tular termasuk dirinya yang turut meraih perhatian warganet.

“Jujurnya, saya malu sangat sebab video tu sebenarnya dibuat untuk mengusik nenek saya. Tapi terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata pujian,” katanya.

Amanda menceburi bidang modeling terutama untuk iklan komersial sejak usianya lima tahun, bermula dengan jenama pakaian kanak-kanak di United Kingdom (UK).

“Saya dan keluarga menetap selama tujuh tahun di UK, mengikut ayah yang bekerja di sana ketika itu. Sejak itu, saya terlibat dalam modeling sampai sekarang.

“Saya juga pernah menjadi salah seorang talent untuk video muzik penyanyi Fazura lagu ‘Sayangi Dirimu’. Masa tu saya berumur 12 tahun,” katanya.

Memegang watak utama dalam filem pendek arahan Ismail Kamarul pada 2015. Foto youtube RESERVOIR Channel

Selain itu, Amanda juga pernah membintangi sebuah filem pendek bertajuk ‘Seliseh’ arahan Ismail Kamarul terbitan Reservoir pada 2015 semasa usianya 12 tahun, dengan memegang watak budak perempuan Melayu bernama Melur.

Berkisarkan kepelbagaian budaya dan bangsa di Malaysia, Melur dipertemukan dengan seorang kanak-kanak Cina bernama Xiao Li dalam satu kejadian malang sehingga mereka berusaha memahami antara satu sama lain dan menjadi akrab.

Pada tahun lalu, Amanda juga pernah membintangi filem pendek ‘Mei: Sebelum Bara Menjadi Abu’ arahan Alif Yazid, bergandingan pelakon, Johan As’ari.

“Saya memang minat modeling dan berlakon, juga mengacara dalam beberapa majlis. Tapi semua tu sebagai sampingan sebab saya bercita-cita untuk menjadi pakar psikologi kanak-kanak suatu hari nanti,” ujar Amanda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comelnya nenek ni. Mesti korang ramai dah terkena kan ? #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarE1 Video amandaamryy

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

11819 – Raya’s nothing if it’s not with Nenek. ❤️ #iAMaDREAMER #iLOVEmylife

A post shared by The ONLY Amanda Amry (@amandaamry) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply