Ramai Orang Tanya, Kenapa Pilih Syafiq Kyle Jadi Hero? Ini Jawapan Pengarah Filem Pusaka

Pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid mengakui dia sering mendapat soalan mengapa pelakon Syafiq Kyle dipilih untuk menjadi tunjang utama naskhah terbabit.

Menjawab persoalan terbabit menerusi sebuah ‘thread’ di laman Twitter, Razaisyam mendedahkan dia gemar dengan peribadi yang ditonjolkan oleh Syafiq sebagai seorang pelakon.

Menerusi filem Pusaka, Syafiq memegang watak sebagai Inspektor Nuar.

Dalam pada itu, Razaisyam turut berterima kasih kepada Aloy Paradoks yang menjadi guru lakonan untuk barisan bintang dalam filem Pusaka.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Razaisyam Rashid via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply