Dengan sekali lafaz, pelakon Eyra Hazali selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya iaitu penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli di Masjid As-Syakirin KLCC, kira-kira jam 9.35 malam tadi.
Pelakon yang popular menerusi drama Mr Grey itu sah menjadi isteri Haziq selepas dinikahkan oleh bapanya, Hazali Ramli, disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar.
Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Eyra menggayakan persalinan hasil rekaannya sendiri dan dijahit oleh ibunya, Qhuzie Johari.
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 150 ahli keluarga dari kedua-dua belah keluarga.
Terdahulu, Eyra dan Haziq bertunang pada 1 Disember lalu selepas setahun menjalin cinta.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: MH / gempak
Leave a Reply