“20 Tahun Saya Tunggu Untuk Menang…,”- Amyza Aznan Pertama Kali Rangkul Anugerah

Terukir senyuman kegembiraan bagi pelakon Amyza Aznan apabila namanya diumum sebagai penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah Amyza Aznan (Batik Zakiah) merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama #ASK2019 .Teruskan menonton #ASK2019 di TV3! . . Strim LIVE HD di tonton.com.my .

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Kongsi Amyza, ini merupakan pertama kali dia memenangi anugerah berkenaan setelah hampir 20 tahun bergelar pelakon.

“Kali pertama menang anugerah setelah 20 tahun bergelar pelakon. Saya rasa gembira yang tak terkata,” katanya ringkas.

Menurut Amyza, dirinya tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk menang namun rezeki berpihak kepada dirinya.

Di samping itu, pelakon kelahiran Alor Gajah, Melaka ini meluahkan rasa syukur dan puas atas kemenangan ini.

“Saya tak berharap untuk menang dan tak jangka, tapi bila saya menang ni saya rasa sangat gembira, puas hati.

“Saya rasa sangat berbaloi selama 20 tahun saya tunggu untuk menang, Alhamdulillah,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah 20 tahun bergelar pelakon, ini merupakan satu kepuasan bagi Amyza apabila menerima anugerah. Tahniah!

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Anugerah berprestij itu telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.

Pelakon Wan Nur Azlin, Laila Nasir, Wan Sharmila dan Faradhiya antara barisan pelakon yang tercalon untuk kategori tersebut.

Sekadar informasi, Amyza merangkul anugerah tersebut menerusi drama berjudul Batik Zakiah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply