Anzalna Nasir Mahu Bantu Pasangan Susah Ada Bayi

Mulianya hati Anzalna Nasir yang menyuarakan hasrat untuk membantu mana-mana pasangan yang memerlukan bantuan khususnya buat mereka yang baru sahaja mempunyai bayi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pandai Eidrees kira! Yes, just the 3 of us. ? Happy 5 months old son @mohamadeidrees I cherish the bonding time we get together. I promise to give you happiness and spoil you always. Nowadays most of my money is spent on my baby however, I am also keen in lending a hand to those in need. Especially those with a newborn baby. If you guys know any, please tag them in the comment below. Would love to help them out. ❤ Swipe left. ? @sweet.escape

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya di mana Anzalna turut meminta kepada peminatnya yang mengenali sesiapa yang memerlukan boleh usulkan nama akaun media sosial mereka di ruangan komen.

“Sekarang ini, kebanyakan wang dibelanjakan buat bayi saya. Bagaimanapun, saya juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Terutamanya mereka yang mempunyai bayi yang baru lahir. Sekiranya kalian mengenali sesiapa yang memerlukan, sila tag mereka di ruangan komen di bawah. Saya berbesar hati untuk membantu mereka,” tulisnya.

Perkongsian Anzalna itu mendapat reaksi positif daripada netizen, malah ada yang menyarankan pelakon itu untuk merujuk terus kepada pihak hospital untuk mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan.

Malah, netizen turut meminta Anzalna ke hospital kerajaan berikutan ramai bayi yang dilahirkan tanpa bapa.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji tindakan murni Anzalna serta mengatakan tidak hairanlah jika rezeki pelakon itu sentiasa mencurah-curah kerana sering membantu mereka yang memerlukan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply