Gara2 Tersangkut Dalam Kesesakan Lalulintas, Gelagat Lelaki Ini Undang Ketawa!

Buat yang tinggal dan bekerja di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain pastinya sedia maklum dengan kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama ketika waktu puncak. Kesesakan lalu lintas disebabkan penambahan kenderaan di atas jalan raya memang boleh buat rasa hilang sabar.

Jika sudah sedia maklum jalan mula sesak pada waktu puncak boleh juga bersedia mental dan fizikal. Tapi kalau ada kemalangan jalan raya yang tidak diduga hingga menyebabkan kenderaan tersangkut dalam kesesakan? Sabar sahajalah yang mampu.

Namun berbeza dengan pengalaman seorang gadis yang berkongsikan satu video di Twitter sehingga tular di sosial media itu. Menurut pemilik akaun @EhYayaLah, dia tersangkut dalam kesesakan lalulintas di lebuhraya PLUS yang tidak tahu apa puncanya.

Namun gelagat seorang lelaki dari kenderaan di sebelahnya cukup menghiburkan. Dalam rakaman tersebut lelaki itu membebel kerana tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.

Jom tonton video yang dikongsikannya ini:

Menurut gadis ini bateri handphone miliknya hampir habis namun dia sempat rekod gelagat lelaki tersebut.

Berikut adalah rakaman dari dalam kenderaan lelaki itu:

Perkongsian gadis ini telah meraih perhatian ramai dengan lebih 68,300 tontonan dan 4,400 retweets serta 3,800 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Hahhaha. Buat perangai betullah kau bang. Kiut pulak tu”

“Sampai tutup aurat dia punya stress”

“Hhahaha kelas kau jah”

Sumber: Farah / Eddy Jali

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply