Penyanyi muda Masya Masyitah mengakui anugerah yang diterimanya di Asia Music Awards di Shenzhen, China baru-baru ini membuka haluannya untuk bertapak di negara itu.
Dianugerahkan Most Potential New Artist of the Year, Masya, 19, turut memanjatkan rasa syukur atas rezeki yang diperoleh.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Satu lagi trofi untuk mak ayah keluarga dan orang yang saya sayang.
“Terima kasih sebab selalu bagi semangat dan sokong saya walau dalam apa keadaan sekali pun.
“Insya-Allah perlahan-lahan untuk mencuba pasaran negara China pula.
“Buat masa sekarang pun saya sedang fokus untuk menghasilkan single berbahasa Mandarin untuk pendengar yang lebih luas,” katanya
Masya yang fasih berbahasa Mandarin juga bakal muncul dengan single duet bersama penyanyi Jeryl Lee berjudul Zuo Jian (Sahabat Sejat).
Malah, dalam perkembangan sama Masya bakal mengadakan konsert bersama Jeryl sempena kedatangan tahun baru 2020 di Arena of Stars Genting Highlands pada 31 Disember ini.
View this post on InstagramAlhamdulillah syukur kpd Allah..harini masya menerima award ‘Asia Music Award Most Potential New Artist Of The Year’….thank you so much to Asean Music Festival 2019 for the recognition ❤️one more trophy utk mak ayah kluarga dan org2 yg masya sayang dan semua yg syg masya.. terima kasih sbb sllu bg semangat dan sllu support masya walau dlm apa keadaan skali pon .. i love you all❤️ #masyashiners #rocketfuel #tokjahwarrior #onmuse #asiamusicfestival @vogue_leaseA post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on
Selain itu, Masya bakal melancarkan single berbahasa Melayu terbaharu menjelang awal tahun 2020.
Netizen juga turut bangga dengan pencapaian Masya dan mengucapkan tahniah kepada beliau.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Instagram masyitah masya via gempak
Leave a Reply