
Bergelar seorang pelakon bukanlah semudah yang disangka. Seorang pelakon perlu menghadapi pelbagai cabaran bagi memenuhi keperluan sesebuah watak serta menghidupkan watak atau peranan yang dimainkan. Hal ini bertujuan untuk menghasilkan cerita yang terbaik untuk kepuasan para penonton.
Pelakon Sheila Rusly turut berkongsi sebuah video di Instagram miliknya dimana video berkenaan cara-cara mendapatkan wajah seorang wanita tua daripada wajah muda dengan menggunakan hasil kreativiti juru mekap.
Menerusi video itu juga membuatkan ramai kagum dengan hasil tangan juru mekap tersebut dengan bantuan Sheila Rusly yang dilihat tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi kerjasama. Difahamkan hasil yang ‘luar biasa’ ini bakal ditayangkan dalam sebuah drama di saluran TV3.
Posting video yang dimuatnaik Sheila Rusly ditonton hampir 400k tontonan dan menerima lebih 10,000 likes. Rata-rata netizen yang telah melihat video berkenaan kagum dengan usaha yang ditunjuk oleh Sheila Rusly bagi memastikan wajah watak seorang wanita tua menjadi real.
Suami kepada Sheila Rusly, Jinggo turut memberi komen dan kata-kata semangat buat isteri tercintanya.
“Sebab itu ramai yang pilih mudah berbicara dari berusaha sebelum berbicara”- Jinggo
“Macam mana mama bernafas?”- Ayda Jebat
Salah seorang netizen berpendapat, special effect yang digunakan juru mekap masih lagi digunakan secara professional walaupun pelbagai teknologi terbaru seperti CGI untuk mengubah wajah seseorang.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber; Instagram sheilarusly_jspictures/ informasiviral
Leave a Reply