“Cepatnya Doa U Termakbul.. “, Shukri Yahaya Teruja Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan telah berkongsi video reaksi suami tercinta apabila mengetahui berita kehamilannya menerusi video IGTV di laman instagram miliknya. Berkat kesabaran mereka berdua akhirnya pasangan romantik bakal menimang cahaya mata kedua.

Tya telah membuat kejutan kepada suami tercintanya dengan memberi hadiah sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Hadiah tersebut merupakan sebuah alat ujian kehamilan yang diletakkan di dalam kotak telefon yang menunjukkan keputusan positif. Reaksi Shukri Yahaya dilihat sangat terkejut dan gembira selepas dimaklumkan bakal timang cahaya mata kedua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MashaAllah Tabarakallah.. ??

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

Perkongsian tersebut juga turut mendapat perhatian isteri kepada pelakon Shaharul Ridzwan iaitu Deena Emir yang turut meninggalkan komen dan juga bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun 2020.

“Ramainya nak dapat baby 2020,” tulis Deena Emir.

Video tersebut mendapat 260k tontonan dan menerima ratusan komen daripada netizen.

Sementara itu, menjengah laman instagram Syukri Yahya sebelum itu, dia seolah-olah dapat merasakan berita gembira tersebut melalui kapsyen yang ditulis sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka.

Happy Anniversary Sayang @tyaadnan
Thank you sebab jadi Wife & Mommy yang HEBAT untuk kami!
kita gemok sama2, kita kurus sama2, kita tua sama2 okay!
p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu

Tya dan Shukri telah menerima ucapan tahniah daripada netizen dan peminat-peminatnya.

“Sekali suami cakap u mesti pregnant dalam masa terdekat… pop memang pregnant lah wife tu.”- Netizen

Salah seorang netizen meluahkan perasaan ingin memberi kejutan yang sama seperti Tya lakukan kepada suaminya,

“Dah 10 tahun nak buat video surprise macam ni dekat husband. Berharap sangat anniversay ke 10 bulan depan dapat buat.”- Netizen

Dalam pada itu, Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Aaira Ameena.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Ig tyaadnan/syukriyahaya

Be the first to comment

Leave a Reply