(Video) Permaisuri Jalan Berhayun Tangan Dengan Agong, Aksi ”Sweet” Pasangan Diraja Jadi Tumpuan Netizen

Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mencari tumpuan rakyat dengan interaksi romantik mereka berdua ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Terbaru, baginda berdua sekali lagi menjadi perhatian ketika Istiadat Pemasyhuran Raja Permaisuri Agong sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) UIAM semalam.

Dalam satu video dikongsikan oleh Instagram House of Pahang, Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Azizah dilihat berjalan beriringan memegang tangan antara satu sama lain sambil menghayunkan tangan mereka.

Sweet betul!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️❤️❤️ ⁣ ⁣⁣ ⁣?: IIUMToday Twitter account⁣ ⁣⁣ ⁣#relationshipgoals #ourqueen #ourking #permaisurikita #agongkita #houseofpahang #pahang

A post shared by House of Pahang (@houseofpahang) on

Seperti biasa, ramai yang cair melihat gelagat kedua-dua susuk diraja ini.

Sweet

Comel

Semoga bahagia sampai syurga

Sweet siap hayun tangan

“Jeles betul bila dapat tengok pasangan yang bahagia sampai masuk syurga”

Ketokohan baginda berdua amat jelas sekali untuk kita contohi baik dari segi akhlak terhadap orang lain serta peranan masing-masing dalam mengekalkan kemanisan rumah tangga setelah berpuluh tahun melayari bahtera bersama.

Semalam, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah telah dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) UIAM sekaligus menjadi wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi dalam struktur organisasi pentadbiran universiti berkenaan.

Baginda meneruskan legasi ayahandanya, Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang pertama memegang jawatan itu sejak penubuhan universiti tersebut pada 1983 selama 35 tahun.

Tuanku Azizah memegang jatawan itu untuk tempoh lima tahun bermula 12 April lalu.

Sumber: Instagram House of Pahang via Siakap Keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Be the first to comment

Leave a Reply