“Siapa maien telefon tu” Permaisuri Bergurau ‘Kant0ikan’ Agong Ambil Gambar

Boleh kata, Tunku Azizah yang menggunakan nama akaun Twitter Cheminahsayang menjadi penyeri para netizen di media sosial tersebut.

Gambar candid comel…

Semalam, Raja Permaisuri Agong telah memuat naik beberapa keping telatah lucu suaminya yang juga merupakan KDYMM baginda Agong.

Menerusi beberapa posting di Twitter, Raja Permaisuri telah berseloroh dengan memuat naik foto-foto KDYMM Agong sedang mengambil gambar menggunakan telefon pintarnya.

Perkongsian yang dibuat benar-benar telah menarik perhatian warganet kerana terasa lucu dengan muat naik tersebut. Jelas sekali KDYMM Agong sedang khusyuk mengambil gambar situasi dihadapannya sambil Tunku Azizah berada disisi.

Kant0i jugak main telefon

Rata-rata warganet berasa terhibur dengan gambar yang dimuat naik itu beserta kapsyen yang agak lucu daripada Permaisuri. Lebih menarik, seorang pengguna telah membalas posting itu dengan menyertakan sekali gambar baginda yang ‘kantoi’ juga mengambil gambar.

Sporting habis!

Sehubungan dengan itu, akaun Twitter Cheminahsayang telah dibanjiri dengan komen-komen daripada warganet yang berasa lucu dengan telatah kerabat Diraja ini.

Mereka juga sempat menitipkan doa agar Agong serta Raja Permaisuri Agong dilimpahkan kurnia serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Handbag gantung dekat kerusi tu rare

Semoga terus diberi barakah

Sumber:Cheminahsayang via KL PRESS

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply