Joey Rindu Nak Menyanyi, Luah Hasrat Nak Bekerjasama Dengan Sifu M.Nasir

Penyanyi dan bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Joey memasang hasrat untuk membuat kemunculan semula dalam bidang hiburan.

“Alhamdulillah, kalau orang tanya… Jiwa saya bertambah dalam muzik kerana muziklah yang melahirkan Joey Daud dalam industri bersama M. Nasir.

“Kalau ditanya tentang aktiviti, saya sangat ingin menyanyi kembali. Insya-Allah masih lagi dalam perancangan sekarang ini.

“Mungkin saya akan keluarkan single, kalau muzik itu saya percaya kepada melodi. Sebab saya belajar dengan M. Nasir, kalau melodi itu kuat, letaklah di mana-mana pun akan hidup,” ujarnya.

Dalam pada itu, Joey juga meluahkan impian untuk bekerjasama dengan M. Nasir.

“Saya tetap yang utama adalah M. Nasir kerana dialah yang banyak mengajar dan kerana dia jugalah saya pandai bermain gitar serta buat lagu,” katanya.

Terdahulu, Joey pernah menjadi artis solo di bawah bimbingan sifu Datuk M.Nasir di bawah label Luncai Emas.

Selain itu, Joey sebelum ini juga pernah menjadi vokalis kumpulan Exists selepas Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply