Mengaku Bercinta, Nabil Mahir & Ayda Jebat Dah Bertemu Keluarga Masing-Masing

Pengacara Nabil Mahir mengakui dia kini sedang menjalin cinta dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Sedang mengenali hati budi masing-masing, mereka juga sudah bertemu keluarga kedua belah pihak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam ni korang support sapa? Nak dare @aydajebat to wear Liverpool jersey bila Man U kalah. Ada berani? ? #liverpool #lfc #manchesterunited

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on

“Kami sudah lama kenal tetapi hanya mula rapat beberapa bulan lalu. Kami mengenali hati budi masing-masing dan kini sedang menjalin hubungan.

“Perasaan itu ada dan ia lebih dari sekadar kawan. Perkara itu datang sendiri dan kami masih dalam proses berkenalan, semuanya berlaku secara perlahan-lahan,” katanya.

Nabil ditemui di majlis pelancaran muzik video Ayda Jebat, Mana Ada Hati dan Better Than You di Tropicana, Damansara sebentar tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Keluar makan kat kedai Japanese, Kulit awak macam mayonnaise, Lagu dangdut awak expertise, Pasni bole keluar lagi please? ? #brocuba #pantun

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on

Ketika ditanya bilakah mereka akan membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya, bekas pengacara HLive ini mempunyai jawapan tersendiri.

“Kami juga telah mengenali keluarga masing-masing dan semuanya baik-baik sahaja. Ayda juga telah membuka mulut mengenai perkara ini.

“Berkenaan dengan perancangan untuk ke fasa lain, tipulah jika kami kata kami tak ada bincang langsung mengenai perkara terbabit, umur juga semakin meningkat.

“Kami ada bercakap secara kasual berkenaan hal itu tetapi ada baiknya jika tidak terlalu terburu-buru. 

“We want to take it slow… Kami sedang mengenali diri masing-masing secara lebih mendalam. Kami juga memohon doa yang baik-baik,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rasanya awak kene pakai cream muka la. Dah bole nampak line2 kat muka tu.

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply