Kebanyakan Kampung dan Jalan Utama Di Hulu Besut Sudah Dinaiki Air, Penduduk Diminta Waspada

Paras air bagi dua sungai di Terengganu iaitu Sungai Besut di Kampung La, Besut dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu melebihi paras bahaya.

Menurut laporan Infobanjir.water.gov.my yang dikemaskini jam 9.15 pagi ini, Sungai Besut di Stesen Jambatan Keruak Besut berada pada paras 22.27 meter (m) manakala Sungai Nerus pula mencatatkan bacaan 21.22m.

Beberapa sungai lain seperti Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu mencatatkan paras air 17.58m melebihi paras amaran.

Tiga sungai lagi di Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu berada pada paras berjaga-jaga.

Aras air bagi Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja mencatatkan bacaan 36.32m, Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu berada pada paras 18.31m manakala Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu berapa pada paras 7.34m.

Paras air bagi jambatan Permaisuri, Setiu pula berada pada bacaan 7.97m iaitu pada tahap berjaga-jaga.

Dalam pada itu, sehingga jam 11 malam tadi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu turut melaporkan, dua jalan iaitu Jalan Kampung Bukit di Kg Alur Lik dan Jalan Permaisuri di Hulu Seladang ditutup kepada semua kenderaan ringan.

Laluan bagi Jalan Kampung Bukit dinaiki air setinggi 0.6 meter manakala laluan di Jalan Permaisuri/Hulu Seladang dekat Kampung Besut, Setiu dinaiki air sedalam 0.4m.

Ketua sekretariat, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran kuning atau waspada untuk kawasan Utara Terengganu iaitu Kuala Nerus, Setiu dan Besut bermula 27 hingga 30 November.

“Keadaan hujan lebat berlaku sejak semalam namun tidak berpanjangan dan beberapa kawasan di Hulu Setiu mengalami paras kenaikan sungai,” katanya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu kini giat memantau keadaan sekitar kawasan penempatan terutama berhampiran sungai serta kawasan berisiko banjir supaya langkah segera dapat diambil termasuk memindahkan penduduk sekiranya berlaku banjir.

Berikut merupakan gambar-gambar serta video yang dikongsikan oleh penduduk setempat mengenai paras air di sekitar kampung dan jalan-jalan utama Daerah Besut, Terengganu.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: sinarharian/lubukviral

Be the first to comment

Leave a Reply