“Wanita seperti dia susah nak cari” – Tindakan Fasha Sandha mahu cuci najis ibu Roslan Shah undang sebak

Roslan sebak di atas kesanggupan Fasha mencuci najis ibunya yang sedang s4kit.

PENGACARA Roslan Shah memberitahu dia tidak menyangka pelakon popular seperti Fasha Sandha seorang yang berhati mulia.

Menurut Roslan, 49, dia terharu apabila aktres berkenaan sanggup menawarkan diri untuk mencuci najis ibunya yang sedang s4kit ketika melawat ke kediamannya di Singapura, baru-baru ini.

“Wanita yang bernama Fasha Sandha yang statusnya seorang pelakon popular… tidak ramai yang tahu sifat, hati dan caranya. Ini bukan rekaan cerita ya. Allah saja yang tahu dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah saya.

 

Fasha menawarkan diri untuk membantu mencuci najis ibu kepada Roslan Shah.

“Semasa di bilik ibu saya membuang air besar. Apabila Fasha Sandha tahu ibu saya membuang air besar, dia dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik ibu saya dan nak membantu saya basuh dan menukar pampers. Dari situ saya tersentuh dan sebak dalam hati tetapi saya diamkan diri saja,” ujarnya.

Katanya, biarpun bukan ahli keluarga, tapi pelakon itu sanggup melakukan perkara yang disifatkan kotor.

Roslan itu memuat naik sebuah entri bercerita mengenai kebaikan Fasha di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Menurut Roslan, dia bagaimanapun tidak mengambil kesempatan di atas keikhlasan pelakon itu sebaliknya lebih selesa menguruskan hal itu sendiri.

Ini bukan membodek atau memuji melambung. Bagi saya inilah wanita yang waktu susah kita nak cari. Tak ramai yang boleh buat.

ROSLAN SHAH

Pelakon

Kata Roslan, tindakan Fasha itu bagaimanapun benar-benar memberi kesan kepadanya.

“Bagaimanapun saya menghalangnya kerana Fasha Sandha adalah tetamu. Saya dan kakak tercintalah yang menguruskan ibu untuk membersihkan dan menukarkan pampersnya.

“Ini bukan membodek atau memuji melambung. Bagi saya inilah wanita yang waktu susah kita nak cari. Tak ramai yang boleh buat,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih rakan Artis popular Malaysia Pelakon hebat Dan Popular semuanya datang ke rumah cik lan semata Mata hendak mengziarahi Ibu tercinta cik lan yang kurang sihat tadi petang di rumah Tampines Hari Sabtu 30 Nov 2019 bersama @errypu7ra @fashasandha Dan suami tercinta fasha Sandha @itsaidilaziz Rasa terharu Dan tersentuh sanggup nak tengok Ibu tercinta cik lan walaupun Fasha Dan Aidil sedang bercuti di Singapura Serta Erry Putra Dan adiknya Shafiq Ada di Booth Wisma Geylang Serai Serta makan di rumah cik lan Dan dii hidangkan masakkan kakak tercinta cik lan Kak Normah masak Asam Pedas Ikan Pari Serta Ikan Kurau Sambal Cili Padi Masakan kak Normah Tadi hehehhehe katanya sedap…aminnn….Inilah Artis Suami Isteri yang sangat merendah diri walaupun semuanya nama nama besar dalam Industri Seni Suara Di Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia jugak…Terima kasih Fasha berikan Sumbangan yang ikhlas kepada Ibu tercinta cik lan Dan rasa terkejut pun ada.walaupun cik lan tolak tetap untuk berikan kepada Ibu tercinta cik lan…Cik lan Akan ingat sampai bila bila Masa kebaikan Suami Isteri Fasha/Aidil – Mak Nyah Dan Pak Ngah hehehhehe – FASDIL booth of u awesome and respect…semoga di berikan kesihatan, cepat dapat baby Sempat Ibu cik lan Doakan utk Fasha tadi…hehehehe Dan booth of them di Murahkan rezeki ya ..Amin..Tak lupa kepada Erry Putra Dan Shafiq Sudi datang ke rumah cik lan tadi…Wasalam

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply