“Eh! Dia Pula Nak Ajar Saya …” – Siti Elizad ‘Naik Hantu’ Netizen Masuk Campur Urusan Anak Tiri

Pelakon Siti Elizad berang apabila ada individu yang mempersoalkan caranya mendidik anak-anak tirinya.

Jelas Elizad, dia terkejut apabila menerima kiriman mesej daripada seorang wanita tidak dikenali yang mencabar kesabarannya.

“Semalam saya ada kongsi video tengah masak di Instagram Stories. Saya dengar anak saudara saya berlari-lari di belakang dengan memakai telekung.

“Saya jerit la suruh solat cepat. Daripada saya potong bawang sampai dah nak siap masak, bayangkan dah berapa lama mereka kat situ.

“Pagi ini saya ada terima mesej yang melampau daripada seorang wanita. Individu tersebut menyebut itu adalah anak Shamsul Baharin iaitu suami saya.

“Saya dah kahwin dengan suami saya, jadi itu anak-anak saya juga. Kenapa dia perlu bezakan? 

“Tak cukup dengan itu, dia suruh saya layan anak-anak dengan baik. Eh! Dia pulak nak ajar saya sekarang ni,” katanya 

Tegas Elizad, dia tidak pernah memberi layanan yang berbeza kepada anak-anak tirinya.

“Saya memang ‘naik hantu’ kalau berkait dengan keluarga. Saya tidak pernah membezakan anak-anak tiri dengan saya. 

“Mereka membesar dengan saya. Sekarang tengah cuti sekolah, saya ambil mereka duduk dengan saya. Cuma saya jarang kongsi di media sosial saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Elizad meluahkan rasa tidak puas hati apabila terdapat warganet yang ‘busybody’ dengan perihal keluarganya.

Untuk makluman semua, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply