
Pelakon Sharnaaz Ahmad menarik perhatian warganet apabila berkongsi perubahan badannya yang semakin ber0tot.
Menerusi laman sosial Instagram, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad, 34, berkongsi foto badan terbaru itu di laman Instagramnya.
“Kanda janji hari ni, kanda datang hari ni. Demi Allah bukan nak ri4k, ni semua Allah punya. Tapi sebagai motivasi diri dan yang lain.
“Jika kita yakin dan displin dengan diri, Insya-Allah launtan Hindi pun kita boleh sel4m,” tulis Sharnaaz sebagai kapsyen.
Perkongsian yang mengambil masa hanya dua bulan ini menunjukkan perubahan drastik fizikalnya terutama pada ot0t perut dan lengan.
Pada ruangan kapsyen itu juga, Sharnaaz meminta pendapat pengikutnya untuk membuka satu saluran YouTube khas untuk mengajar tentang pemakanan sihat serta gaya senaman.
Di ruangan komen, ramai pengikut serta rakan selebriti memberikan komen positif terhadap perubahan badan Sharnaaz.
“Noh, padu mamu! Congrats bruh,” ujar pelakon Hafizul Kamal.
“Uish, lengan besar peha saya la,” usik pelakon Shukri Yahaya.
“Good job bro!” komen pelawak Shuib Sepahtu.
“Perghhh!” komen pelakon Hairul Azreen.
Ini bukan kali pertama Sharnaaz bekerja keras untuk mendapat badan idaman.
Terdahulu, Sharnaaz turut melakukan rutin kecergasan yang sama sekitar tahun 2016.
Sumber : Gempak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply