Gagal Terima Permohonan Maaf, Rakan Baik Bekas Isteri Da’i Farhan Arah Peguam Ambil Tindakan

Rakan baik kepada bekas isteri Da’i Farhan, Ches Al-Maliki memaklumkan bahawa dia tidak menerima sebarang permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam seperti yang dituntut daripada pihak berkenaan.

Justeru, kata Ches, dia mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Sehingga kini 24 jam sudah berlalu (7.59PM, 10/12/2019) saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan.

“Saya telah mendapatkan nasihat und4ng-und4ng untuk tindakan selanjutnya dan saya telah mengarahkan peguam saya Datuk Hajah Hazizah Kassim untuk mengeluarkan notis tuntutan pada pihak yang berkenaan,” tulisnya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya malam tadi.

Terdahulu, Ches memaklumkan individu yang mahu mengambil tindakan saman f1tn4h terhadapnya sudah menarik balik tuntutan tersebut.

Namun, sahabat baik kepada Fatin Nurul Ain itu berteg4s mahu meminta pihak berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, Ches tidak menyatakan sebarang nama individu yang dimaksudkannya.

Sungguhpun begitu, sebelum ini Da’i Farhan membuat lap0ran p0lis apabila mend4kw4 terdapat individu yang cuba men4bur f1tn4h terhadapnya.

Lap0ran tersebut dibuat selepas tersebarnya surat terbuka yang meng4itkan nama sahabat bekas isterinya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kerelaan isterinya hidup bermadu.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply