Issey tamatkan zaman duda bakal kahwin janda anak tiga “Berita itu mengundang rasa sebak dan membuatkan Fizi hampir menitiskan air mata”

PENYAMPAI radio Suria FM, Issey mendedahkan dia bakal menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hati pada 22 Disember ini.

Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, 32, memberitahu bakal isteri iaitu Noor Aimi Jamel merupakan kenalan lamanya di Kelantan.

“Insya-Allah saya akan melangsungkan majlis akad nikah di Kota Bharu, Kelantan pada hari Ahad, 22 Disember ini.

“Saya dah lama kenal dengan bakal isteri sejak sekolah dan sudah merancang lama untuk berkahwin dan ini masa paling sesuai untuk saya tamatkan zaman duda.

“Dia seorang ibu tunggal mempunyai tiga orang anak dan kem4tian suami dua tahun lepas kerana kem4langan, apabila tengok kawan-kawan ada anak bini, saya pun rasa nak jugalah ada keluarga dan hari ini saya umumkan tentang perkara itu,” katanya kepada mStar.

Fizi menitiskan air mata mendengar pengumuman gembira daripada Issey.

Sebelum itu, Issey membuat pengumuman istimewa itu semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizi Ali pada pagi Khamis.

Berita gembira itu turut mengundang rasa sebak dan membuatkan Fizi hampir menitiskan air mata.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, Issey yang sudah tiga tahun menduda mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

Terdahulu, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun bercer4i pada 21 Ogos 2016.

Sumber  : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply