Tahniah Datuk Seri Eizlan Yusof Selamat Diijab Kabul Dengan Seorang Wanita Berketurunan Serani

SELEPAS empat tahun menduda, akhirnya pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville pada hari ini. (12 Disember 2019).

Eizlan, 48, berkata dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita berketurunan Serani itu pada September lalu selepas empat tahun berkenalan.

“Saya dan Natasha sudah lama berkawan sejak empat tahun yang lalu menerusi sahabat kami. Tapi sepanjang perkenalan itu kami tidak bercinta, hanya berkawan rapat sahaja.

“Pada sekitar tiga bulan lalu, saya ambil keputusan melamarnya secara spontan dan Alhamdulillah dia menerima lamaran saya. Insya-Allah kami akan bernikah pada 12 Disember ini,” kata Eizlan kepada mStar.

Tambahnya lagi, dia memilih Natasha sebagai pasangan hidup disebabkan berperwatakan wanita berusia 29 tahun itu yang menarik, selain mendapat kebenaran daripada tiga orang anaknya.

“Sebenarnya Natasha sudah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin. Saya terbuka hati untuk berkahwin disebabkan perwatakan dia yang kelakar.

“Selain itu, dia sangat rapat dan prihatin dengan anak-anak saya. Sebelum saya melamar dia, saya ada minta izin anak-anak terlebih dahulu dan Alhamdulillah mereka sangat gembira,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selesai sudah upacara menyarung cincin bagi kedua mempelai DS @eizlanyusof dan juga isteri Datin Seri Natasha Rosa. #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Changing the path from B to M… #SyukurToALLAH

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Sumber : Ig MediaHiburan/mstar

Be the first to comment

Leave a Reply