Print Cardboard Sebesar Si Ibu, Idea Ayah Dari Jepun Elak Anak Menangis Ini Kreatif Habis!

Menjaga anak-anak yang kian membesar sebenarnya bukan mudah. Tambah pula kalau salah seorang ibu atau ayah tiada di rumah, mula lah anak-anak nak merengek dan menangis. Sudah bermacam-macam cara digunakan sampailah si ibu tidak dapat pergi kerja hanya kerana anak meronta-ronta minta si ibu duduk di rumah. Macam mana nak buat?

PRINT CARDBOARD ‘SEBIJIK’ MACAM IBU

Berbeza pula dengan seorang ayah dari Jepun ini dimana dia menggunakan teknik mencetak satu tubuh dan bersaiz si ibu dan diletakkan di dalam rumah. Teknik ini digunakan bertujuan untuk mengelakkan anaknya menangis dan meminta si ibu berada dekat dengannya. Kreatif!

Sudah menjadi normal walaupun si ayah ada untuk menemani anak di rumah, anak masih juga mahu si ibu berada dekat dengan mereka. Kalau tengok cardboard ini, macam orang betul!

Memang orang Jepun sangat terkenal dengan kreativiti mereka sampai sanggup untuk print cardboard sebesar ini dan diletakkan di dalam rumah. Jadi, teknik ini dikatakan sangat berkesan untuk mengurangkan rengekkan si kecil yang selalu tanya di mana ibu berada.

REAKSI ORANG RAMAI, SERAM PUN ADA!

Bukan sahaja teknik yang digunakan adalah kreatif, malah ramai juga yang beranggapan bahawa teknik yang digunakan ini adalah seram. Bayangkan kalau di waktu malam anda terpaksa berhadapan dengan cardboard ini. Terkejut juga!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : The Idea King

Be the first to comment

Leave a Reply