Walaupun bukan kali pertama berlaku, namun penyanyi Naqiu tetap terkejut ada pihak menggunakan namanya untuk mengutip wang.
Memetik Harian Metro, pihak tidak bertanggungjawab itu kononnya mengutip duit untuk kegunaan kelab peminatnya, Naqiurious bagi menyokong Naqiu di final Gegar Vaganza musim keenam (GV6) Ahad ini.
View this post on Instagram
“Saya terkilan dengan situasi yang berlaku ini.
“Tidak sangka ada pihak yang tergamak mengambil kesempatan dan memanipulasi peminat lain dengan menggunakan gambar dan nama saya,” katanya.
Sehubungan itu, Naqiu memaklumkan pihak pengurusannya sedang menyias4t kes ini bersama pihak berkuasa.
“Pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak akan terlepas kerana menganiaya peminat saya.
“Saya harap peminat meneliti terlebih dulu mesej yang mereka dapat bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa peniipuan,” katanya.
Difahamkan, kecoh sebelum ini apabila tular perbualan WhatsApp antara ‘Naqiu palsu’ dengan peminat dari Brunei.
Pihak berkenaan meminta sumbangan dalam bentuk wang tunai kononnya untuk bantu beri sokongan kepada Naqiu yang akan bertanding di pentas final GV6, Ahad ini.
Semoga semua peminat Naqiu berhati-hati dengan penipuan penyamar ini. Diharap pihak terbabit segera dit4ngkap!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: bm.cari
Leave a Reply