Sekali Lafaz, Issey Fazlisham Selamat Bergelar Suami “Mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran”

Tahniah diucapkan buat penyampai radio Suria FM, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, yang telah sah bergelar suami kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada pagi Ahad, 22 Disember 2019 di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan.

Issey dan Noor Aimi dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran.

Majlis tersebut disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dulu kita kecek ‘aku mung’. Tak sangka mung bakal jadi bini aku. Bismillah. Moga dipermudahkan segala urusan @aimi_jamel @calamayagarden

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

 

Sumber  : MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply