Pelakon dan pengacara Mira Filzah mencuri tumpuan wargamaya apabila tampil serba hijau pada konsert Throwbaek 2019 malam tadi.
Menerusi laman sosial Instagram, Mira berkongsi beberapa foto ‘outfit of the day’ (OOTD) untuk tatapan umum.
Memakai busana hasil rekaan pereka Zaimi Zulkafli, rata-rata netizen memuji penampilan sopan namun tetap bergaya pelakon drama Sweetheart itu.
“Astaga, menusuk kalbu!” tulis seorang wargamaya.
“Wow, saya tengah tonton Konsert Throwbaek 2019, comel la pakaian Mira malam ni,” komen seorang wargamaya.
“Lawa lah pakai baju macam tu,” kata seorang wargamaya lagi.
Pada konsert yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam itu, Mira turut dinobatkan sebagai Gadis Mekar Sepanjang Tahun sebagai pengiktirafan kepada kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2019.
View this post on InstagramKonsert Throwbaek 2019, jam 9 malam ni di Astro Ria & Ria HD. #konsertthrowbaek2019
“Terima kasih 2019,” tulis Mira ringkas sebagai kapsyen foto.
Selain menerima pujian terhadap penampilannya, peminat turut mendoakan supaya bakat Mira lebih menyerlah dan melakar lebih banyak kejayaan pada tahun 2020.
Selain Mira, antara beberapa penerima anugerah lain adalah Ben Amir (Bintang Baru Nak Up), Haqiem Rusli (Uprising Composer), Hairul Azreen (Hero Kekar Sepanjang Tahun), Exists Reunion (Band Baek 2019) dan ramai lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg
Sumber: Gempak
Leave a Reply