MET Malaysia Ramal Cuaca Kering Hingga Mac, Semua Dinasihat Jimat Penggunaan Air

Perasan tak, sekarang ni cuaca panas kering? Berangin, panas dan kering. Tu belum masuk waktu malam, membahang hanya tuhan yang tau perasaan ni. Rasa nak berendam dalam tong air je.

Sebenarnya, kita berada dalam fasa kedua Monsun Timur Laut  yang dijangka berakhir pada Mac ini. Mengikut kenyataan yang dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, tempoh penghujung musim ini adalah tempoh berkurangnya taburan hujan di seluruh negara — kecuali Sabah dan Sarawak.

Jadi, itulah sebabnya kenapa kita berdepan cuaca panas kering sekarang ni. Tengok langit pun membiru je takda awan sangat.

Kenyataan itu juga turut menasihatkan orang ramai agar menjimatkan penggunaan air kerana jumlah paras air di empangan-empangan berkurangan berbanding biasa.

Selain itu, elakkan daripada melakukan sebarang pemb4karan terbuka sebab cuaca panas macam ni memang memudahkan keb4karan merebak dengan pantas. Bah4ya tu, tengok apa jadi dekat Australia sekarang?

So, korang ikut nasihat yang dikeluarkan agensi-agensi kerajaan ye kerana ia bertujuan memudahkan kehidupan kita semua. Jaga diri guys!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply