Majlis perkahwinan pasangan, Farah Nabilah bersama jejaka pilihannya sekali lagi mencuri tumpuan ramai ditahun baharu ini apabila mengadakan majlis resepsi dengan mengenakan busana serba cantik.
Farah Nabilah menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsikan tarikh majlis itu yang mana diadakan semalam selain menulis kapsyen ‘finale’.
Resepsi Farah Nabilah
Namun begitu, menjenguk kelaman Instagram milik pelakon popular Mira Filzah satu keping foto memakai busana simple membuatkan dia menerima hampir 300,000 tanda suka. Wow!
Menerusi hashtag digunakan Mira Filzah dia meletakkan nama pasangan pengantin itu dan tidak disangkakan, ramai menyukai gaya penampilan Mira Filzah yang cantik bertudung. Lihat saja jumlah tanda ‘likes’ diterima wanita berusia 26 tahun ini.
Meskipun hanya berkongsikan satu keping foto, laman sosial milik pelakon Sweet Dreams ini meraih perhatian ramai dengan pelbagai maklum balas memuji kecantikan dan gayanya ke majlis perkahwinan.
Ada yang memberikan pandangan walaupun, busana digayakan pelakon popular ini nampak simple namun dia tetap kelihatan elegen.
Peminatnya turut merasakan dia tetap kelihatan cantik lain dari kebiasaan apabila mengenakan busana berkenaan selain posting Mira Filzah juga menerima hampir 2 ribu komen daripada ramai.
“Cantik manis”
“MasyaAllah serious cantik…”
Dalam pada itu, foto-foto dimajlis resepsi Farah Nabilah juga tidak terlepas daripada menjadi perhatian peminatnya. Ini antara dikongsikan:
Sumber: Mira Filzah, Farah Nabilah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg
Sumber: HCL
Leave a Reply