Setelah 6 bulan berkahwin, Hadi & Dayana bakal timang anak sulung

Kisah cinta ‘Elly & Epit’ ke dunia realiti sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila mereka sah bergelar suami isteri pada Jun tahun lalu.

64478126-2348170508759918-687265595665678336-n-17_03_835373

Siapa menyangka, bermula dari sebuah drama akhirnya Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana atau mesra dikenali Dayana berjodohan.

Dan kini, mereka sudah lebih 6 bulan mendirikan rumahtangga dan ternyata Hadi dan Dayana bakal menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka.

Ini kerana, Hadi mahupun Dayana telah berkongsikan berita gembira dilaman sosial Instagram milik mereka dengan mengatakan mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Hadi & Dayana bakal timang anak sulung

“Beberapa bulan lagi kami berdua akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah pada anak sulung yang pertama insyaAllah. Ini merupakan suatu amanah yang sangat besar dan sekaligus anugerah yang sangat bermakna buat kami.”

“Bagi pasangan diluar sana, jika belum memiliki cahaya mata, jangan bersedih dan jangan pernah berhenti berdoa serta ikhtiar.”

Berkongsikan berita gembira itu kepada pengikut, Dayana turut memuat naik sekeping foto pemeriksaannya dan turut meluahkan rasa syukur tentang kurniaan berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‎ما شاء الله Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu). . Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik. Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat. Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian. Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang mandul. Sabda Nabi: “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).

A post shared by دايانا (@dayanaamerda) on

“Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu). Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata baik…”

Berita Hadi & Dayana bakal timang anak sulung itu bagaimanapun membuatkan ramai tumpang gembira dan bersyukur melihat mereka.

Sumber: Dayana Amerda, Hadi Mazlan via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply