5 Tahun Berkahwin, Akhirnya Jaclyn Victor & Shawn Bercer4i

Rumah tangga penyanyi Jaclyn Victor dengan suaminya yang juga vokalis kumpulan R&B antarabangsa Az Yet, Shawn Rivera, berakhir apabila pasangan itu sah bercer4i selepas lima tahun berkahwin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Shaw sendiri menerusi Facebook miliknya. Tidak mendedahkan punca percer4ian mereka, Shawn mengakui sukar bagi mereka berdua membuat keputusan untuk berpisah.

“Sebagai selebriti, tidak dinafikan kami terdedah dengan pelbagai tanggapan masyarakat dan menjadi amalan manusia untuk menilai, menuding jari dan mengkritik orang lain tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

“Justeru, tidak perlu untuk kami membuka pekung di dada atau memburukkan antara satu sama lain kerana kesannya nanti menimpa anak kami yang tidak berdosa,” tulisnya.

Ujarnya lagi, mereka sudah cuba untuk menyelamatkan rumah tnagga mereka namun tidak dapat meneruskannya selepas sudah lebih setahun tidak tinggal bersama. Katanya lagi, dia dan Jaclyn tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

(Excuse my annoying voice, even I cringe!! ??) My dumplings have had many birthday cakes this time around. Nice when they’re at an age where they sorta understand what’s going on. Jonah hates the birthday song!! Always cries when he hears it. He’s getting better though. We’ve been practising ? He loves blowing out the candle but freaks out when everyone goes yaaaayyyyyyy at the end. I know right ? Molly Dolly just wants to get in there with all the action ? Love these 2 very much. Totally blessed with every second I get to spend with them even though I complain sometimes. Mama doesn’t mean it. Mama is just exhausted. I really do love YOU ??❤️?? #jonahjoshiahrivera #jonahrivera #mollymargueriterivera #mollyrivera #mamasbabies #cheekycherub #theygrowupsofast #itscrazy #whatiwouldntdoforthesedumplings #happinessisanunderstatement #motherhoodisthebestthingthateverhappenedtome #jackielovesYOU #jackiesmilesforYOU #iamlovedbymyking #iamlovedbytheking #alwaysyourgirl #onetrackmind #ILYDB? #MSMCCMTS? #ISATMOAOLJC?

A post shared by Jaclyn Victor (@jaclyn_victor) on

“Kami sudah cuba melakukan yang terbaik untuk perkahwinan kami namun selepas tinggal berjauhan lebih setahun membuatkan kami tidak mampu sesuaikan diri dengan perbezaan masing-masing.

“Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak,” katanya lagi.

Pasangan ini berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia pada 19 Julai 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply