“Dia Bukan Jenis Macam Itu,”- Tunang Dilabel ‘Playboy’, Ini Respon Risteena

“Saya tak endah kata-kata orang”. Itu antara kata-kata tegas pelakon, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas apabila ada segelinitir hasvtan yang melabelkan tunangnya, Isa Khan sebagai kaki perempuan (playboy).

Risteena berkata, dia sesekali tidak ‘termakan’ apabila ada pihak yang cuba meracvni fikirannya sejak mengetahui dia dan Isa bercinta.

“Sebelum ini orang kata dia (Isa) playboy, tapi saya tahu keperibadiannya dia bukan jenis macam itu (playboy) dan saya mempercayai kejujurannya. Saya tidak mengendahkan kata-kata-kata mereka terhadap Isa.

“Kejujuran yang ditunjukkan Isa membuatkan saya yakin untuk ambil keputusan menerima lamaran dia.

“Saya nampak Isa berusaha bersungguh-sungguh dan mahu melamar saya,” kata Risteena kepada MH. 

 

Sementara itu, Isa mengakui bahawa dia mempunyai ramai kawan perempuan, namun berbeza perasaan terhadap Risteena.

Malah, Isa menegaskan bahawa tidak salah memiliki kawan yang ramai disekeliling.

“Saya rasa tidak salah mengenali ramai wanita bagi mencari keserasian. Daripada situ kami boleh meneruskan hubungan ke fasa berikutnya.

“Mungkin itu yang menyebabkan sekali gus saya ditvduh ‘playboy’ dan suka mempermainkan perasaan wanita,” jelas Isa. 

 

Terdahulu, pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November lalu.

Bagaimanapun, Risteena dan Isa memilih untuk merahsiakan perancangan itu tetapi tidak menafikan ia akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Dalam perkembangan lain, kedua-duanya mahu memberi fokus terlebih dahulu dalam perniagaan produk kesihatan yang dijalankan hasil usaha sama.

Foto: Instagram Nur Risteena

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply