Menerusi satu rancangan di Youtube, DBilique bersama Fara Fauzana menjadi perhatian ramai apabila pelakon popular, Mira Filzah menjadi tetamu undangan.
Memakai baju kelawar, Mira Filzah turut berkongsikan sekeping foto bersama pengacara terkenal itu menerusi laman Instagram sehingga meraih lebih 90 ribu tanda suka.
Mira Filzah juga menceritakan mengenai lakonannya dalam drama Adellea Sofea yang baru saja melabuhkan tirai. Mereka berdua turut mengulas beberapa babak yang mendapat perhatian daripada penonton.
Dalam pada itu, gelagat lucu Mira Filzah dan Fara Fauzana juga mencuit hati ramai apabila melakukan beberapa cabaran seperti bercakap loghat utara dan memakai mask muka.
“Hahaha duk gelak jer…”
“Hahaha dok gelak je time…”
Selebriti jelita, Mira Filzah dilihat juga menjawab beberapa soalan dan mendedahkan dia memiliki bakat menari.
Selain itu, dia juga memberitahu dia wakil sekolah dalam permainan hoki dan berkongsikan moment ketika itu. Ditemu ramah secara sempoi sambil makan bersama, Mira Filzah dan Fara Fauzana juga meraih pelbagai komen dilaman Instagram yang rata-rata akui terhibur dengan dua selebriti ini.
Buat yang ingin melihat Mira Filzah menari, boleh menonton di durasi 53 minit menerusi video yang dimuat naik di YouTube DBilique TV ini.
Sumber: Youtube, Mira Filzah , DBilique via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply