“Lepas ni kami berempat” – Isteri Hamil Anak Pertama, Ippo Hafiz Bakal Jadi Bapa

Penyanyi yang dikenali dengan jolokan Raja Runut Bunyi, Ippo Hafiz bakal bergelar bapa setelah isterinya, Fara Roslan disahkan hamill.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ippo berkongsi berita gembira itu dengan mendedahkan kandungan isterinya menginjak usia tiga bulan.

“Tengok Ippo tengah gosok baby ni. Alhamdulillah dah nak masuk bulan ketiga. Minta doakan semoga rezeki lagu-lagu Ippo bersinar dan meletop dengan kehadiran cinta ini. 

“Lepas ni kami berempat dan Amanda dapat geng adik. Terima kasih sayang atas segalanya. Nanti abang bagi banyak hadiah,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tengok ippo tengah gosok baby ni? Alhamdulillah dah nak masuk bulan ke 3. Minta doakan Semoga rezki lagu-lagu ippo bersinar & meletop dengan kehadiran Cinta ini❤️. Lepas ni kami berempat & Amanda dapat geng adik?‍?‍?‍?. Terima kasih sayang atas segalanya. Nanti abang bagi banyak hadiah? okay sekian jom layan #SeadanyaAku di TV3

A post shared by IPPO HAFIZ (@ippohafiz) on

Rata-rata mengucapkan tahniah pada mereka dan turut mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.

Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz mendirikan rumah tangga bersama Fara atau nama sebenarnya, Norfarahin Mohd Roslan pada 24 Ogos lalu.

Ippo juga mempunyai seorang anak angkat, Cinta Rizky Amanda yang dijaga sejak dilahirkan.

Sebelum ini, Ippo dan Fara yang mula berkenalan ketika menjalani penggambaran muzik video Saat Bahagia itu menjalinkan ikatan pertunangan pada 10 Mac lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply