Tak disangka 4rwah datuk Puteri Balqis ada kaitan dengan Tan Sri P. Ramlee, patut pandai berlakon!

Sejak tularnya isu mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis yang ditampilkan menerusi rancangan Bersamamu, ramai selebriti yang tampil memberi kenyataan selain turut mendoakan yang terbaik buatnya.

Puteri Balqis merupakan seorang aktres remaja popular di Malaysia yang memulakan karier seni sejak usia dua tahun iaitu selepas menjayakan sebuah sesi ujibakat.

Kemunculan sulungnya di layar kaca adalah pada tahun 2011, menerusi siri televisyen Gemilang yang diterajui Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Puteri Balqis binti Azizi. Menggunakan nama komersial, Puteri Balqis.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 April 2007. Kini berumur 13 tahun.

3. Merupakan pelakon dan model komersial yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

4. Antara drama dibintanginya seperti Gemilang, Cinta Itu Milikku, Astana Cinta Aleesa, Akulah Balqis, Andainya Takdir dan Sweet Dreams.

5. Termasuk telefilem Di Sebalik Tirai Kasih, Anak Lorong, Aku Tahu, Saloma, Kulit, Ana Anak Ibu dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Strawberi Cinta, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, Makrifat Cinta dan KL Special Force.

7. Pemegang trofi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19.

8. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan menghidap mas4lah j4ntung.

Fakta Menarik

Lebih mesra disapa Aqish.

Anak perempuan tunggal kepada pasangan Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz.

4rwah datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin pernah seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.

Bergelar pelakon sejak usia dua tahun selepas menjayakan sebuah sesi uji bakat.

Pernah membuat kemunculan dalam video muzik penyanyi Hafiz Suip berjudul ‘Matahari’ dan Anuar Zain menerusi ‘Andainya Takdir’ serta ‘Cinta Takkan Berakhir’.

Mengidolakan bintang Hollywood, Dakota Fanning dan Natalie Portman, termasuk seniman Tan Sri P. Ramlee.

Ibu Puteri Balqis akhirnya tolak bantuan

Dalam perkembangan terkini IBU kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menolak untuk menerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia b3rat hati untuk menerima bantuan itu kerana berasakan ramai lagi yang layak diberikan bantuan.

“Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan b0san nak bantu.

Tak Mahu Hutang Budi

“Dalam masa sama, saya tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa. Bayangkan kalau suatu hari nanti ada pihak pertikai dan ungkit semua yang dibantu. Saya takut semua itu berlaku. Jadi, lebih baik saya berusaha sendiri.

“Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish (Balqis) masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya,” katanya.

Selain itu, Norashikin turut menolak bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu membayar sewa bulanan rumah mereka.

“Pihak LZS nak bantu untuk bayar sewa bulanan rumah, tapi saya tolak. Tapi, mereka nak juga beri bantuan RM300 sebulan. Ini pun masih dalam proses. Ia buat saya serba s4lah.

“Saya merasakan ramai lagi orang svsah daripada kami. Saya sudah biasa bekerja, jadi saya tetap akan berusaha. Saya tidak mahu apabila terus dibantu membuatkan saya jadi malas,” katanya.

Terdahulu, Seniman menerusi Presidennya, Zed Zaidi memaklumkan mereka kini dalam perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Nadzri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu keluarga Puteri Balqis melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin berkata, dia masih meneruskan aktiviti menjual buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis selain sibuk membuat penghantaran secara kiriman pos dan ‘cash on delivery’ (COD).

Norashikin juga meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon dan mesej yang dihantar.

“Saya buat kerja seorang diri. Setiap hari saya perlu uruskan penghantaran buku. Kalau ada yang nak COD, saya kena pergi hantar pula.

“Memang ada banyak panggilan dan mesej masuk. Saya minta maaf kalau tidak sempat nak balas satu persatu. Saya perlu selesaikan dulu urusan buku ini. Saya takut jika terlepas pandang bagi yang sudah buat pembayaran.

“Saya pernah tidak tidur dua hari sebab nak periksa satu persatu mesej orang yang beli buku. Begitu juga kalau ada yang memberi sumbangan, saya tetap nak kirim buku pada mereka,” katanya.

Mengenai buku yang dijual, Norashikin berkata, dia perlu menghabiskan dulu 1,000 naskhah yang sudah dicetak.

“Sebagai permulaan kami mencetak sebanyak 1,000 naskhah. Nak jual 30 pun susah, inikan pula 100. Tapi, selepas kisah Aqish keluar di Harian Metro dan program Bersamamu, ramai yang buat pesanan nak beli. Insya-Allah, kalau sudah habis kami akan keluarkan edisi Bahasa Melayu pula sebab ramai yang tunggu dan bertanya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: https: iluminasi via duniadanakhirat

Be the first to comment

Leave a Reply