‘Jodoh’ datang nak tolong, boleh pula gadis ni lari masuk kereta… temperature turun, pasangan ini naik pelamin!

UNIK dan macam drama TV!

Begitulah kisah perkenalan pasangan merpati dua sejoli ini sebelum kedua-duanya disatukan di jenjang pelamin baru-baru ini.

Kisah cinta Nursyarafina Mohamad dan suaminya, Herman Mdnor menjadi tular di media sosial gara-gara foto kahwin mereka yang disifatkan rare oleh netizen.

Foto kahwin pasangan ini yang dimuatnaik jurugambar Nubli Kamarudin menceritakan semula detik pertemuan pertama mereka pada Jun tahun lalu.

Menurut Herman, pemilihan konsep throwback kisah perkenalan mereka untuk sesi penggambaran outdoor adalah cetusan ideanya kerana mahu menampilkan satu kelainan.

Insiden kereta rosak mempertemukan pasangan ini.

“Mula-mula wife ajak saya pergi shoot dekat Vision Park, Kepala Batas. Saya cakap tak nak. Saya nak buat macam masa mula-mula kami jumpa dulu.

“Lagipun dekat je dengan rumah kami dan view pagi tu tengah cantik, sebab tulah kami shoot tepi jalan. Wife pun OK sebab saya nakkan satu kelainan,” katanya kepada mStar.

Jelas pemuda berusia 28 tahun itu, gambar outdoor tersebut betul-betul diambil di lokasi kejadian yang mana kereta isterinya rosak kira-kira tujuh bulan lalu.

“Kami pergi ke lokasi pertemuan pertama kami. Tempat yang sama, kereta rosak yang sama cuma saya datang naik kereta lain.

“Kami jumpa masa kereta wife rosak. Saya berhenti tolong. Kami satu sekolah, kampung sebelah-sebelah tapi tak pernah kenal.

“Ramai kata macam drama TV tapi kisah percintaan kami memang real. Memang jodohlah kot,” katanya.

Herman dan Nursyarafina melakonkan semula bibit perkenalan mereka pada Jun tahun lalu.

Bercerita mengenai insiden kereta rosak itu, Herman berkata isterinya itu dalam perjalanan mahu ke stesen minyak sebelum suhu keretanya naik.

“Masa tu dia nak pergi isi minyak. On the way nak isi minyak tu tiba-tiba temperature kereta naik. Dia pun berhenti parking tepi jalan.

“Kebetulan saya lalu jadi saya pun berhentilah. Tapi masa tu dia lari masuk dalam kereta. Dia takut sebab tak kenal saya.

Ramai kata macam drama TV tapi kisah percintaan kami memang real. Memang jodohlah kot.

HERMAN MDNOR.

“Saya pun ketuk cermin tanya kenapa kereta. Dia kata temperature naik. Saya buka bonet tengok tangki air kereta dia bocor. Lepas tu saya tolong isikan air dan pergi isi minyak,” katanya.

Selepas insiden itu, Herman berkata hubungan mereka semakin rapat sebelum dia memilih untuk memperisterikan gadis pilihan itu pada 24 Januari lalu.

“Kebetulan masa tu time raya. Jadi dia pun invite saya datang rumah sebab tolong dia. Saya pun ada buat open house dan saya pun jemput dia datang.

Herman menjelaskan kereta GTR dalam gambar outdoor kahwin mereka adalah kepunyaan kakaknya.

“Lepas tu kami berkawan. Alhamdulillah hubungan kami OK walaupun tak bercinta. Bulan September saya merisik dan sebulan kemudian kami bertunang. Akhirnya 24 Januari lalu kami berkahwin,” katanya.

Mengenai kereta GTR R35 dalam gambar outdoor perkahwinan mereka, pemuda berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berkata ramai salah faham berkenaan perkara itu.

“Sebenarnya masa tolong wife tu saya pakai kereta Honda je. Kereta GTR tu memang kereta idaman saya.

“Dan kereta tu sebenarnya kereta kakak saya. Dah nak photoshoot kakak saya pun suruh guna kereta dia. 

“Ramai netizen salah faham. Memandangkan kami shoot, jadi naklah nampak cantik dalam gambar. Tapi sebenarnya itu kereta kakak saya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply