Connect with us

Hiburan

“Saya Nak Bawa Ke Sini Tapi…” – Kena Tahan H0spital, Anzalna Nasir Jumpa Anak Dalam Kereta Jer? Sedihnya!

Published

on

Dimasukan ke wad sejak kelmarin, pelakon Anzalna Nasir mengambil keputusan tidak membenarkan anak sulungnya, Mohammad Eidress untuk melawatnya di h0spital susulan kes penularan wab4k v1rus yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Anzalna sebaliknya mengambil pendekatan untuk hanya berjumpa Eidress di dalam kereta untuk ‘melepaskan’ rindu.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

“Saya nak bawa dia ke sini, tapi sebab macam-macam v1rus sekarang lebih baik dia jauh daripada h0spital.

“Dapat juga lepaskan rindu dalam kereta. Mata bertentang mata, usap kepala dia sambil minum susu. I love this feeling! Hilang segala sak1t,” katanya.

Pada yang tidak tahu, Anzalna telah dimasukan ke h0spital sejak kelmarin selepas dikatakan telah terjatuh.

Perkara itu juga didedahkan Anzlna menerusi satu posting di Instagram.

“Saya masih di h0spital. Eidress nampak saya jatuh depan dia semalam, terkejut dia.

“Dari menangis terus senyap, mak dia pula sambung nangis,” katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan supaya Anzalna kembali sembuh.

Malah, kebanyakan turut bersetuju dengan keputusan Anzalna yang tidak membenarkan Eidress melawatnya di h0spital.

Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei yang tahun lalu.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending