Connect with us

Hiburan

Lesap RM200,000… Mas Khan dilarang berlakon dalam produksi A. Aida

Published

on

“MAS KHAN…? Oh tidak! Dia tidak akan dapat apa-apa peluang berlakon daripada saya lagi!”

Kenyataan tegas itu keluar daripada mulut produser Datuk A. Aida kerana kecewa terhadap aktor Mas Khan yang turut berlakon dalam filem terbaharu terbitannya Ratu Kala Jengking Puteri Ker4nda.

A.Aida atau Zaidah Awang berkata, larangan itu dibuat berikutan dia sudah hilang kepercayaan terhadap Mas Khan kerana dipercayai menjadi svspek berhubung kehilangan wang pelaburannya berjumlah kira-kira RM200,000.

A. Aida arah pihak produksinya untuk tidak berurusan dengan Mas Khan.

“Saya tidak percaya dia lagi. Wang pelaburan saya lesap kerana dia dipercayai svspek dalam kehilangan wang itu. Saya dah arahkan pihak produksi agar jangan berurusan dengan dia lagi,” katanya kepada mStar Online.

Justeru kata penerbit A. Aida Production ini, aktor tersebut tidak diundang untuk menyertai sebarang promosi termasuk tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking Puteri Ker4nda yang akan diadakan pada Selasa.

Filem itu akan menemui penonton pada 27 Februari ini.

Selain Mas Khan, 26, pelakon lain yang turut membintangi filem itu ialah Nadia Brian, Datuk Fizz Fairuz, Amar Asyraf, Eyra Hazali, Octovia Manrose, Dayang Areeda, Aprena Manrose dan Firman Siagan.

 

Tak akan ada kecac4tan kalau dia (Mas Khan) tiada sekalipun, filem saya ni ada 30 orang pelakon gred A.

DATUK A. AIDA

PRODUSER

Ujar A. Aida, tiada kecac4tan terhadap filem itu jika Mas Khan tidak hadir atau terlibat dalam sebarang promosi yang dijadualkan kerana pihaknya mendapat sokongan daripada pelakon lain.

“Tak akan ada kecacatan kalau dia (Mas Khan) tiada sekalipun, filem saya ni ada 30 orang pelakon gred A,” katanya.

Untuk rekod, pada Ogos 2019, seramai tiga orang telah dipanggil ke Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Ampang Jaya, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang pelaburan A. Aida.

Selain Mas Khan, individu lain ialah bekas suami A. Aida iaitu Ariff Aziz dan seorang lagi lelaki iaitu teman Mas Khan.

Salah satu babak dalam filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda

Hasil si4satan pihak p0lis mendapati terdapat asas untuk mendakwa Mas Khan berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff yang dihubungi mStar pada Isnin mengesahkan svspek telahpun ditvduh di mahkamah beberapa bulan lalu.

“Dia sudah ditvduh di mahk4mah dan sekarang hanya menunggu masa untuk dibicarakan,” katanya.

Menurut Noor Azmi, svspek ditvduh mengikut Seksyen 379 Kanun Kes3ksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukvman penj4ra maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini A. Aida mendakwa kehilangan lebih RM200,000 dalam bentuk pelaburan menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending