Connect with us

Hiburan

Pernah Berlakon Bersama Dalam Gol & Gincu, Que Haidar & Fazura Sedih Dengan Pemergian Ashraf Sinclair

Published

on

Pelakon Que Haidar meluahkan rasa sedih selepas menerima berita pemergian aktor Ashraf Sinclair hari ini.

Menurut Que, dia dan arw4h Ashraf pernah bersama-sama bekerjasama dalam Gol & Gincu The Series.

“Al fatihah.. Sama-sama terlibat dalam Goal dan Gincu.. Seorang lagi sahabat pergi @ashrafsinclair,” tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Al fatihah.. sama2 terlibat dalam goal Dan gincu.. seorg lagi Sahabat pergi ? @ashrafsinclair

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Selain Que dan Ashraf, drama ini turut dibintangi Nur Fazura, Pierre Andre, Sazzy Falak, Razif Hashim dan ramai lagi.

Menerusi pemerhatian Gempak, Fazura turut memuat naik sebuah entri di Instagram Stories melahirkan rasa terkejvt dengan berita menyayat hati ini.

“Al fatihah kawan.. Saya tidak mampu bersuara dan terkejut dengan berita pemergian awak.

“Saya tidak akan mengatakan siapa sehingga keluarganya memberitahu berita yang menyayat hati ini.

“Allahuakbar. Hati saya bersama isterinya, anak lelaki dan seluruh keluarga,” tulisnya.

 

Ashraf Sinclair yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meningg4l dunia akibat ser4ngan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending