Connect with us

Hiburan

“Wajahnya Tersenyum, Seperti Tidur” – Tukang Mandi Jen4zah Ashraf Sinclair Dedah Sesuatu

Published

on

Setelah tiba di rumah duka di Kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, jen4zah Ashraf Sinclair telah selamat dimandikan dan disolatkan. Disebalik kesedihan yang menyelubungi keluarga Allahyarham dan peminat, mereka yang berkesempatan menatap jen4zah pelakon itu buat kali terakhir berkongsi sesuatu sebagai pengajaran buat orang ramai.

Seperti Tersenyum Ketika Dimandikan 

 

Salah satunya adalah perkongsian dari pengasas Yayasan Daarul Rahman, H Ahmad Habib yang turut sama memandikan jen4zah Ashraf di kediamannya. Menurutnya, wajah Ashraf ketika dimandikan seolah-olah tersenyum seakan orang yang sedang tidur malah turut kelihatan seperti masih hidup. Anak Ashraf, Noah Aidan Sinclair turut sama melihat jen4zah bapanya dimandikan untuk seketika.

“Saya ikut memandikan, Almarhum wajahnya senyum ya seperti orang tidur, seperti orang yang tidak meningg4l,” ujar Ahmad Habib.

Seorang Yang Pemurah 

 

Konsinya lagi, ramai rakan-rakan artis turut sama melakukan solat jen4zah dan dalam yang sama menenangkan isteri Allahyarham yang juga pelakon dan penyanyi,Bunga Citra Lestari. Dalam pada itu, penyanyi Maia Estianty menyifatkan pemergian Ashraf ‘terlalu mudah’ dan wajah Allahyarham ketika dikapankan juga seakan-akan sedang tidur

“(Jenaz4hnya) Seperti orang tidur. Ashraf orang baik. Sangat merendah diri dan dia terlalu baik,” ujarnya.

Sepanjang hayat Ashraf, dia merupakan penderma tetap rumah kebajikan Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman yang disifatkan ramai sebagai individu yang pemurah kerana sering menderma dan memberi bantuan kepada rumah anak yatim.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Murai

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending