BBC Dad Ditemubual Tentang Coron4virvs, Tetapi Lain Pula Yang Jadi Perhatian

Kali pertama penganalisis politik Robert Kelly menjadi buah mulut dunia adalah ketika dia ditemubual melalui panggilan video oleh BBC.

Temubual yang berlangsung dari rumahnya itu menjadi tular apabila anaknya Marion dan James masuk ke dalam pejabat peribadinya ketika sedang bersiaran langsung.

Gangguan tidak diduga.

Ketika Robert cuba untuk menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya, isterinya menerjah p4nik ke dalam bilik itu untuk membawa anak mereka keluar.

Situasi lucu itu ditonton di seluruh negara sehingga Robert tidak dapat berkata-kata dan hanya meminta maaf atas gangguan yang tidak dapat dielakkan itu.

Seluruh dunia jatuh cinta.

Ekoran daripada insiden itu, profesor sains politik di Pusan International university itu menyangka dia akan kehilangan kerja. Sebaliknya rakaman tersebut membuatkan seluruh dunia jatuh cinta dengan keluarganya.

Baru-baru ini pula lelaki yang kini sinonim dengan gelaran ‘BBC dad‘ itu muncul sekali lagi dalam satu temubual langsung dari kediamannya di Korea oleh Sky News, membincangkan tentang 4ngkitan coron4v1rus di Korea.

Dalam temuramah berkenaan Robert mengatakan keadaan di Korea Selatan bertambah buruk di mana jumlah kes berganda dalam masa 24 jam, membuatkan penduduk tempatan terpaksa mengubah rutin harian mereka secara drastik.

Namun perkembangan jangkitan Covid-19 bukanlah apa yang menarik perhatian netizen tentang video itu. Rata-rata penonton hanya ingin melihat keluarga BBC Dad memecah masuk ke dalam pejabatnya sekali lagi.

“Nak tengok ia berlaku sekali lagi…”

Annotation 2020-02-25 060509

“Tunggu anak-anak dan isteri dia masuk…”

Annotation 2020-02-25 060547

“Siapa lagi yang perhatikan pintu tu…”

Annotation 2020-02-25 060623

“Sequel dia tak sehebat yang original…”

Annotation 2020-02-25 060717

“Rindu budak2 tu…”

Annotation 2020-02-25 060818

“Tak dengar satu benda pun dia cakap…”

Annotation 2020-02-25 060843Annotation 2020-02-25 061003

 

Sumber: Twitter via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply