[10 FOTO] Neelofa Selebriti Pertama Yang Diundang Ke Pertunjukan Bottega Veneta

Bercakap mengenai Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa, ada sahaja pencapaian ikon selebriti ini membuatkan rata-rata peminat kagum.

Catat Sejarah

Selepas muncul dengan buah tangan terbaru dengan penjenamaan semula jenama hijabnya, Naelofar yang dimulakan semenjak tahun 2014, Neelofa telah mencatat satu lagi rekod peribadi sekaligus dalam industri hiburan tanah air.

Manakan tidak, selain menjadi selebriti pertama Malaysia yang menerima undangan menonton acara pertunjukan fesyen Versace di Milan, Itali bersempena Minggu Fesyen Milan, pelakon dan pengacara ini turut menerima undangan bagi acara pertunjukan fesyen Bottega Veneta.

 

Neelofa Teruja 

Melahirkan rasa teruja atas undangan tersebut, sudah pastinya Neelofa tampil bergaya dengan cara tersendiri. Memilih siluet yang agak ringkas, Neelofa menggayakan persalinan monokrom dengan padanan akhir tas tangan berona krim dengan solekan tanpa mekap (no make-up look).

“Agak gementar untuk menggayakan stail berkenaan. Tetapi saya yakinkan diri. Alhamdulillah, respons sangat positif daripada PR team Bottega dan orang ramai,” katanya menerusi edaran PADA media

Tambah Neelofa, topi sama warna yang dipakai ketika menghadiri acara tersebut merupakan hasil kreativiti jurugayanya, Colin Sim yang mereka sendiri item berkenaan.

Khabarnya, tahun 2020 merupakan tahun besar buat Neelofa dalam pelbagai bidang. Nantikan apakah kejutan seterusnya yang dibuat olehnya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply