Connect with us

Hiburan

Wartawan buat live update, lelaki baju kuning bikin terhibur rupanya Haniff Hamzah!

Published

on

Sememangnya kita ketahui bahawa sejak kebelakangan ini ramai wartawan bertungkus lumus memberikan liputan terbaik kepada masyarakat.

Walau bagaimanapun, penyampai radio Haniff Hamzah bersama team berkesempatan dengan meluangkan masa bagi memberikan makanan percuma kepada pihak media. Perkara berkenaan juga dikongsikan Haniff Hamzah menerusi laman Instagram miliknya.

Usaha baik mereka juga mendapat perhatian ramai dan dipuji netizen. Namun begitu, apa yang menjadi perhatian ramai pengguna Instagram juga apabila melihat satu rakaman video dikongsikan dilaman Instagram Era dimana dapat diperhatikan seorang wartawan membuat live update.

Walau bagaimanapun, yang lebih mencuit hati ramai apabila seorang lelaki berbaju kuning turut kelihatan menerusi video itu yang membuatkan ramai gelak.

Manakan tidak, lelaki itu dipercayai penyampai radio berkenaan yang sedang mengangkat kotak minuman dimana dia seperti terpinga-pinga dalam video dikongsikan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hahahaha. Lain kali bila ada reporter tengah buat live update, korang jangan masuk pulak eh macam mamat baju kuning tu. ? #sharERA Kredit twitter Adri Mustaqim

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Video berkenaan bukan sahaja membuatkan netizen gelak besar tetapi ada juga selebriti terkenal tanah air meninggalkan komen dengan menggunakan akaun laman Instagram peribadi mereka.

Kelihatan penyanyi, Faizal Tahir juga gelak besar kerana merasakan Haniff sangat comel menerusi video berkenaan.

Perkongsian video itu juga meraih hampir 300,000 tontonan dan ternyata ramai akui terhibur dengan gelagat penyampai radio Era itu.

“Hahaha comel gila”

 

“Hahaha tengah2 live, menyempat lagi cover”

 

“Hahaha comel je nak lari takda lobang dah…”

 

Sumber: Instagram Era, Twitter Adri Mustaqim, Haniff Hamzah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending