Anak Kang Gary Menyantuni Penghantar Barang Buat Ramai Kagum!

Saban hari ada sahaja gelagat Kang Gary bersama anaknya dalam sebuah rancangan realiti TV, The Return of Superman menjadi perhatian ramai. Manakan tidak, anaknya Kang Ha O baru sahaja berusia 2 tahun namun sudah memiliki perwatakan yang menarik.

Terbaru menerusi satu perkongsian seorang pengguna Twitter, satu lagi babak dalam sebuah episod rancangan ini menjadi tular di sosial media. Dalam rakaman pendek yang dikongsikan individu itu kelihatan Kang Gary menerima kunjungan seorang penghantar barang.

Selebriti itu kemudiannya meninggalkan anaknya, Kang Ha O bersama lelaki tersebut untuk mengambil duit di dalam bilik. Dari situ bermulalah kelakuan anak Kang Gary ini yang boleh dikatakan agak sopan dengan orang yang lebih tua.

Berikut adalah video yang dikongsikan itu:

Kang Hao pada awalnya siap mengucapkan hello dalam bahasa Korea dan kemudiannya meminta lelaki tersebut membantunya membawa bungkusan barangan itu ke dalam rumah.

Sesudah itu, anak kecil ini siap berikan air kepada lelaki tersebut. Haish, budak kecil ini, comel!

Perkongsian video ini telah meraih lebih 316 ribu tontonan dan 39,400 retweets serta 36,300 likes.

Rata-rata netizen turut kagum dengen kelakuan anak Kang Gary ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Best tengok ha o ni..sangat beradab..polite..bijak…imagine their parents punya manners la…”

“Orang Korea dan Jepun memang didik adab dari kecil, berjalan di sana leh tengok adab dan budaya mereka lain sangat”

Sumber: Twitter Nazirul Basyir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply