Fad Mahu Pelawak Ini Ganti Tempat Abam Dalam Bocey!

 

Walaupun Abam sudah ‘tiada’, pelawak Fad menyatakan nekad untuk terus menjaga, menghidup dan mengekalkan nama Bocey.

Pemilik nama Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 29, itu berkata, kumpulan itu merupakan kenangan mereka bersama Abam, selain punca mengapa mereka masih berdiri dalam dunia hiburan pada hari ini.

“Saya berjanji akan terus menjaga nama Bocey. Walaupun saya dan Achey ada kerjaya solo, nama Bocey takkan hilang. Ini kenangan kami bersama.

“Walaupun dia sudah tiada, nama ini akan tetap dibawa sampai bila-bila. Cuma, kami belum bersedia untuk beraksi di pentas tanpa arw4h.

“Kami tak tahu nak gambarkan perasaan itu, tapi kami perlu teruskan juga supaya Bocey dan nama arw4h akan terus hidup,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Fad tidak menolak kemungkinan mana-mana pelawak lain untuk menggantikan posisi arw4h dalam kumpulan berkenaan.

Fad menganggap Datuk Afdlin Shauki merupakan individu yang paling sesuai memegang peranan terbabit memandangkan pelawak senior itu merupakan sifu kepada beliau dan Abam ketika muncul dalam kumpulan Bocik sewaktu bertanding di program Bintang Mencari Bintang di TV3 pada 2013.

 

Kredit foto: Instagram Datuk Afdlin Shauki

“Kalau ditanya saya, saya nampak Datuk Afdlin. Dia sifu saya dengan arw4h dulu. Tapi, perancangan itu belum ada sebab belum terfikir nak kembali ke pentas.

“Cuma, dalam soal mencari pengganti kami terbuka. Nama pun tetap gunakan Bocey. Namun, tentunya tidak akan sama ketika arw4h ada. Apa pun, kami ikut aturan ditetapkan,” katanya.

Terdahulu iaitu pada Isnin lalu, Abam yang juga nama lahirnya, Syed Umar Moktar menghembvskan nafas terakhir ketika sedang tidur di kediamannya di Gombak selepas mengalami dem4m panas.

 

Sumber berita: hmetro

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply