Connect with us

Hiburan

“S0konglah Filem Anak Saya”… Ibu Menang1s Tonton Filem Terakh1r Abam

Published

on

 

SEPANJANG menonton filem Jodoh Sy4itan di malam gala yang diadakan pada Jumaat, ibu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

Sabariah, 63, memberitahu karya terakhir lakonan Abam itu membuatkan dia berasakan arw4h masih berada di sisinya.

“Saya rasa seperti dia ada di sebelah saya. Rasa seperti ada dekat dengan saya. Walaupun dia sudah tidak ada, karyanya masih ada.

Sabariah menerima sumbangan daripada penerbit filem Jodoh Syaitan.

“Saya harap, orang ramai dapat sokong dan tonton filem ini,” katanya kepada mStar.

Sabariah ditemui ketika malam gala filem Jodoh Syaitan di E@Curve, Petaling Jaya, pada malam, Jumaat.

Filem itu juga merupakan filem terakhir lakonan Abam sebelum dia meninggal dunia 10 Februari lalu.

Pada malam gala itu, penerbit filem iaitu Da Motion Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abam Bocey berikutan pemergian pelawak popular itu baru-baru ini.

Walaupun arwah sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai.

SABARIAH ARSHAD

IBU ABAM BOCEY

Sumbangan berupa wang tunai disampaikan penerbit, Datin Norliza Samion dan Prof Datuk Dr Azman Ching kepada ibu Allahyarham, Sabariah Arshad di malam gala tayangan filem berkenaan.

Dalam pada itu, Sabariah meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada Norliza dan Azman atas sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih kepada pihak produksi atas sumbangan ini. Walaupun arw4h sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai,” ujarnya.

Penggambaran filem bermula pada 18 Julai 2018 di Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu.

Sabariah bersama arwah Abam dan isterinya.

Sementara itu, Norliza mewakili syarikatnya berkata, itu adalah sumbangan daripada seluruh produksi di atas pemergian Abam.

Seluruh produksi filem Jodoh Syait4n juga bersedih dengan pemergian penerbitnya yang juga suami Norliza, Allahyarham Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar.

Mokharul yang mesra disapa Datuk Are Sey turut berlakon dalam filem itu dan meningg4l dunia selepas terbab1t dalam kemalang4n jalan raya pada 24 Mei tahun lalu.

Selain Abam, filem arahan Ismail Bob Hashim ini turut dibintangi Soffi Jikan, Aprena Manrose, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff dan Fauziah Nawi.

Ia akan dit4yangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Mac ini.

Sumber: mStar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending